Kain Cotton by Wardrobe Ummi: Dropship

Dropship

Pihak WARDROBE UMMI ingin memberi peluang kepada anda yang betul-betul berminat untuk berniaga secara DROP SHIPPING dan dengan ini kami akan membuka keahlian sebagai AGEN DROPSHIP kepada anda semua. Keahlian adalah TERHAD dan akan ditutup bila-bila masa sahaja



APA ITU DROPSHIP?

Dropship ialah satu bentuk teknik perniagaan terkini dimana peniaga/bakal peniaga (ANDA) tidak perlu menyimpan stok ditangan sebaliknya memindahkan pesanan yang diterima dari pelanggan anda kepada pembekal (WARDROBE UMMI atau WU) yang kemudiannya akan membuat penghantaran terus kepada pengguna akhir bagi pihak peniaga (ANDA). Anda akan memperolehi margin keuntungan dari perbezaan harga pembekal (HARGA DISKAUN DARI WARDROBE UMMI) dan harga retail (HARGA JUALAN AKHIR YG ANDA MAHUKAN).



BAGAIMANA DROPSHIP BERJALAN


1.     Pendaftaran ejen dropship adalah percuma. 
2.     Ejen perlu membuat pembelian minimum sebanyak sepuluh (10) unit dalam tempoh sebulan.
3.     Sekiranya pembelian tidak mencapai jumlah minimum selama dua (2) bulan berturut-turut, keahlian ejen dropship akan digantung.
4.     Bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan untuk pendaftaran semula ejen yg telah digantung keahlian.
5.     Ejen dropship dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar di website ini bagi tujuan promosi dan pemasaran. Bagaimana pun, penggunaan gambar untuk tujuan “FACEBOOK ADVERT” adalah tidak dibenarkan.
6.     Kadar Diskaun – 15 % dari harga jual yg dipersetujui.
7.     Pembeli hendaklah membuat pembayaran (harga produk & kos penghantaran) seperti biasa kepada anda
   
8.     Pihak Wardrobe Ummi berhak meminda kadar diskaun dari masa ke semasa.

  
KELEBIHAN DROPSHIP
  • Anda tidak perlu memborong dan menyimpan stok dan tidak perlu risau tentang pembungkusan dan penghantaran. Semuanya akan diuruskan oleh pihak WU. Ini sangat sesuai untuk peniaga-peniaga kecil dan yang ingin memulakan perniagaan kerana kos untuk memulakan perniagaan dropshipping sangatlah kecil malah tiada modal yang diperlukan untuk membeli stok.
  • Maklumat lengkap berkenaan harga, cara booking, jualan dan belian, bagaimana penghantaran akan diproses hanya boleh diakses oleh AGEN DROPSHIP yang berdaftar sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...